
10 Unforgettable Moments in Nigeria
Idea ni datang dari Dr. Esah, satu idea yang menarik. Makanya aku sertakan di sini 10 moments yang aku tak dapat lupakan semasa aku di sini (at least ketika ini). Tak kisah lah, manis atau pahit, semuanya aku terima as a lesson utk diri sendiri (juga org lain mungkin).
1. Aku takkan dapat lupakan malah tidak mampu ku balas budi baik kawan2 yang aku kenali di Nigeria. Bukan mudah untuk memulakan penghidupan di tempat baru. Tak kiralah tempat tu grand cam London atau sehuduh Lagos, kita pasti memerlukan kawan. Terima kasih pada Radzi dan Shikin yang byk membantu masa permulaan aku di Lagos. Juga Amb. Brahim dan Yusuf yang sama2 mengajar aku akan perkara baru di pejabat. Juga kepada Aida yang terlalu byk berbudi. Hanya tuhan sahaja yang bisa membalasnya. Pada Sufian yang byk mengisi kekosongan seawal permulaan penghidupan aku di sini. Pada Reza Fahlevi yang menggantikan tempat Sufian setelah ketiadaan dia di Lagos. Pada Mas yang telah menambah warna kehidupan ku di Nigeria. Setelah itu hadir Erna yang bagaikan membuka satu lembaran baru tentangan apa itu persahabatan yang sebetulnya memerlukan kesefahaman, jauhkan dari prasangka dan persahabatan itu bukanlah sesuatu yang boleh di 'manage' sebagaimana sebuah pejabat**u know what I mean:) . Juga tak dilupakan Phoon Khai Meng – apek ni dah lupakan aku!! Sesudah itu hadir Kak Noraini Cik Pah, Cik Nah, Kesuma yang bagi aku adalah kakak yang sama2 menambah kemeriahan hidup di Lagos. Dan selepas itu hadir Zul, Syabani dan Kak
Jamilah yang mempelbagaikan lagi kemeriahan dan keseronokan. Aku sangat menghargai perhubungan ini.
2. Tak dapat dilupakan juga 'konfrontasi' yang berlaku antara aku dan Kak Long (Kalau tak kenal, cek balik sapa yang terasing di No.1 tu). Sangsi dan tanggapan negatif yang wujud tanpa asas telah mengheret aku dan Kak Long untuk sama2 berjumpa dan seterusnya menghuraikan apa yang kusut. Tapi... Kak Long will always be Kak Long, segalanya berakhir dengan tidak bertegur sapa. Aku tak rasa bersalah kerana aku tidak memilih untuk begini, sebaliknya dia. Aku dan A tidak simpan amarah pada dia, malah telah cuba beberapa kali utk berbaik seperti sebelumnya... dia yang tak sudi. Hanya kami dan tuhan tahu cerita secara detail terjadinya perang dingin Kak Long - A - Aku. Tak suka kami perpanjangkanya kerana tiada bagusnya berbuat demikian. Bagi aku, Kak Long punya byk perkara positif yg ada pada dia, cuma dia sahaja yang suka mengambil sikap yang tak sebegitu... akhirnya, bukan dengan kami berdua jer dia benci, dgn semua kawan2 lain pon dia tak campor!... well... kalau ikut perkiraan aku, kalau satu orang bermasalah dengan satu orang yang lain -- itu normal. Tapi kalau satu orang bermasalah dengan semua orang -- org yg satu tu mmg bermasalah! Walau camner pon, aku tak ada dendam malah membenci dia pon tidak. Kalau dapat baik2 macam dulu kan best.
3. Manakan aku boleh lupa saat2 manisssss bersama Aida dan Mas (juga yang lain2 tu) ke Ibadan, Kenya dan Egypt. Pengalaman di Kenya dan Egypt adalah antara termanis dalam hidupku. Di sini Aida byk memainkan peranan. Sikap budiman dan tak pernah berkira membuatkan aku sangat2 terharu. Tak terfikir aku untuk makan angin di Kenya dan Egypt. Bagaikan mimpi setibanya aku di Kenya dan Egypt... bagaikan impian menjadi nyata!... Juga aktiviti piknik di Badagry Beach dan Elekko Beach. Tanpa budi baik rakan2 di Exxon, tak merasa la aku naik boat pusing satu island sampai ke Apapa utk ke Badagry Beach. Seronok amats! Kalau kat Mesia, bila kala la aku nak naik boat bagai dan piknik camni ha.
4. Kerana assignment di Nigeria ini jugak lah aku berpeluang ke Dubai/Abu Dhabi dan dapat berkenalan dengan Kak Aya, Kak G, Mimi, Alin, Pidot, Salmah dan yang lain2. Rezeki Dubai/Abu Dhabi ini mmg tidak dijangkakan dan telah menambahkan lagi pengalaman dan kenalan aku. Kalau aku tolak assignment Nigeria ni dulu, mmg tak berjumpa la aku dengan kalian. Nak
harap aku tetiba melancong ke Dubai/Abu Dhabi tu jauh meggi dari api. Terima kasih kerana menerima aku sebagai kawan terutama Kak G yang seringkali berpeluh ketiak melayan karenah aku. Trip aku ke Dubai tak pernah kosong kerana sentiasa ada kalian memberi bantuan dan tunjuk ajar. Aku takkan lupakan budi baik kalian.
5. Terima kasih Nigeria... Yes, masakan aku lupa Nigerian dan Nigeria... Pengalaman di sini, walaupun lebih busuk dari wanginya, tetap mematangkan aku. Peluang bekerja di sini bagaikan rahmat. Pengalaman bekerja dan hidup di Lagos dan Abuja takkan sama dengan tempat lain. Kalau diberi pilihan mmg tak mahu ke sini, tapi bila dah sampai sini, bukan kah ada baiknya kita pelajari sesuatu. Peluang tak selalu datang, kalau aku kaya sekalipun, takkan aku datang melancong sini... Nikmati sahajalah apa yang ada di sini dan pelajari sesuatu supaya tidak rugi - itu yg aku amalkan.
6. Takkan aku lupakan cerita Murtala Muhammad Airport. Airport terhazzab yang pernah aku ketahui. Ahaks.
Airport ini sentiasa mendebarkan ramai orang yang menggunakannya. Bak kata Sufian "Aku paling berdebar bila kat airport Lagos tu, bila dah take off, lega teramat aku rasa..." Kenapa? Kerana org2 kat airport tu suka buat hal. Like Imigresen la, Kastam la.. ada jer isu mereka. Dah la cek luggage cara manual - bukak segala lubang yg ada kat beg tu. Dan mula la buat hal utk dapatkan duit dari kita. Like painting tak leh bawak, placemat anyam tu tak leh bawak keluar Nigeria, perlu surat dari antiquity la bagai... memacam la cara depa nak gertak kita supaya kita boleh dash duit kat depa. Tak pa lagi, ada tu mintak terus! "Nothing for me today?", in plain malay "bagi la duit kalau nak aku lepaskan luggage ko ni". Tak ada makna passport official pon! Dan pernah masa aku nak cek in fly to Dubai, nama aku tak ada dalam list passenger. Di suruhnya aku pegi Emirates opis kat tingkat atas tu utk reconfirm nama aku. Gila ka? Aku beli tiket semalam, arini nama tak ada. Merepek sangat. Dah la seksa nak naik atas tu tanpa lift dan kena usung beg besar. Seksa kau masa nak cek nama tu, pak itam dan mak itm dah bergasak2... tetiba jer aku jadik kecik kat celah2 Nigerian yang tak ada manners tu.
7. Pengalaman beg tak keluar dari perut pesawat Emirates dan dalam masa yang sama aku kena cek in Virgin utk fly dari Lagos ke Abuja. Nasib jugaklah ada Kak Jamilah dan Cik Anuar yang tolong jaga beg berharga aku tu sambil aku lari dari arrival hall ke departure hall. Seksa gila sebab airport ni bukan lah friendly user. Dalam kekalutan tu, aku telefon Kak Faridah utk menanguhkan flight aku ke Abuja tapi sikit pon orang tua tu tak membantu. Lagi dia tekan aku ada la... Tak pa Faridah, tuhan tu maha adil, tunggulah hari ko nanti (perasaan geram aku masa ni tak tergambarkan…) tambahan pula 'masalah' antara aku dan kak faridah masih berlarutan (too personal to explain here). Walau camner pon aku managed to check in Virgin dengan 1 beg besar. Nasib jugak flite Virgin delay dan aku lari bersungguh2 ke arrival hall Emirates untuk cari beg aku lagi satu dan jumpa. Bersyukur aku dapat jugak terbang dengan beg2 tu semua. Kalau beg tu tak keluar, ntah tak tau apa akan jadi aku pon tak tau. Barangkali beg aku tu akan di ambil orang. Kata orang kalau dah rezeki tu tak kemana kan?... Tapi sememangnya inilah pengalaman payau yang aku tak terbayangkan akan terjadi. Cerita ni terlalu ringkas di sini, cerita panjang hanya aku yang tahu dan rasai kekalutannya. Kak Jamilah dan Cik Anuar saksi utama :)
8. Yes... aku di taji oleh sorang Nigerian bulldog dalam pesawat Virgin setibanya di Abuja. Ni bukan sambungan cerita no.7, kejadian berlaku lain hari/occasion. Ceritanya, naik boeing 737 domestic flite ni dah diberitahu jangan gunakan MP3 player. Tapi aku guna jugak... sebabnya, sebelum ni aku pernah tanya crew Virgin tu, depa bagi jer. So, this time aku tak tanya, aku terus dengar MP3 aku tu sepanjang penerbangan selama sejam tu. Tetiba masa dah landing, org ramai baru nak bangun, mamat belakang aku marah2 aku. Kata dia aku tak paham bahasa dan membahayakan penumpang lain. Aku tak tau dia marah aku, aku toleh nengok muka bulldog dia tu. Dalam hati aku "Laaa.. marah kat aku ke nih?". Aku pon jalan keluar buat bodoh persis Cina Kuantong tak paham English. Berlalu begitu jer, jangan layan, kalau tak nanti berpanjangan. Dia tak ada hak marah aku, lain la Pilot tu keluar dan warn aku, pasti aku dah kena arrest kat airport tu ha kerana membahayakan orang lain kerana guna MP3 player, tak pon kabin krew ke kan. Aku yakin ramai lagi yang kat belakang tu dok dengar MP3 (yes aku duduk seat depan masa tu) dan sebelum ni pon aku nengok ramai jer guna MP3 player tu ha. Kosser la...
9. Aku hampir nak tumbuk muka security kat rumah aku di Olabode George Street dulu tu. Yes... you hear me right. Aku geram dengan sekuriti bodoh tu. Aku lupa detail kes ni pasal apa ntah, tapi aku ingat mmg aku nak tumbuk jer muka dia. Darah dah tersirap sampai hujung rambut dah, tangan dah angkat dah... Di saksikan oleh maid2 yang lepak kat laman bawah tu. Marah betul aku, cara ringkasnya gini - aku dah bagi surat pemberitahuan yg org akan keluar masuk rumah aku dan tolong la benarkan dioarang masuk (part ni aku lupa kes dia.. org keluar masuk or kereta keluar masuk...ntah lah). Yang mamat ni tak bagi lak, lagi mau buat kecoh. Macam la grand benau rumah tu ha... Aku tanya ko baca tak surat tu?.. Dia diam. Aku tanya dia, paham tak surat tu? Dia kata dia tak paham. Kalau tak paham kenapa tak tanya?.. eiii geram aku... pastu ketua sekuriti tu datang (ketua pon sama tongok jugak..) bawa surat tu. Rupanya... memasing tak reti baca surat tu. Alahaiiii apalah lemau sangat, kalau tak paham tanya ler... Nasib jugak la ketua sekuriti tu mintak mahap bagai... Selesai kat situ. Tak pernah aku geram sampai nak tumbuk orang oiii.. tu mmg dah tahap maksima dah tu. Kes ni aku lupa secara detail, part nak tumbuk tu mmg aku ingat. Hahahaha...
10. Polis2 kat Nigeria kalau korang tengok tak rupa polis. Security kat Maybank tu lagi nampak cam polis berbanding polis sini yang uniform tu macam baju arwah bapak aku pegi noreh getah. Polis2 bukan membantu kita, nyusahkan lagi ada la. Kata org2 kat sini- if you get robbed, don’t report to police coz you will get robbed once again! Ha'a memang betul tu. Ko buat report polis, ko kena bayar kat depa, kalu tak report ko tak jalan. Hahaha.. Dan, apa yang jadik kat aku dan Mas bila polis (or whatever yang pakai baju oren tu) tahan kereta we all yang melebihi sikit dari garis berhenti di traffic light. Demi nakkan duit kami, polis tu sanggup panjat atas kereta dan meniarap macam spiderman. Dan supir Mas terus memandu dalam 50 meter... lawak pon ado. Bila kereta berhenti, polis tu cuba masuk dalam kereta nak amik kunci kereta. Katanya kami kena selesaikan kes ni di balai. Kalau kami ke balai aritu, mmg berpanjangan la kes ciput tu. Sempat la aku bukak tingkap nak bercakap dengan polis sorang lagi (polis keliling kereta kami dalam lima nam orang!) pastu polis tu cuba nak bukak pintu tu dari dalam, aku pegang tangan dia, pastu dia pulasnya tangan aku sampai lebam ha. Harammm punya polis. Pastu aku bagi call kad aku, suruh dia datang opis kalau nak duit sangat. Depa baca kad tu dan berkata "Eh.. high commissioner la... dah dah dah jom blah"...(Mas, part ni aku rengkas gitu kira ok la kan.. hahaha) See.. bagus jugak ada polis tongok cam depa, PA to High Commissioner la, bukan High Commisisoner... Hahahaha...
Eh.. aku rasa aku ada byk lagi la menda aku tak leh lupa kat sini. Tapi since Dr. Esah kata SEPULUH jer, makanya aku pikir takat sepuluh jer lah yer. Kalau aku rajin nanti aku tulis another sepuluh lagi (perlu ke?) hahaha... Tapi kalau Mas bikin this 10 things, aku sure cerita Mas lagi warna warni dan menarik.... Mas?
Lihat lah sepuluh di atas tu.. bukan kah warna warni sekali hidup ku di Nigeria!